Tuesday, November 20, 2018

Impian


Kredit Pic: Google/Pinterest

Berkali-kali dan sudah bertahun-tahun aku cakap benda yang sama. Dan aku masih tak jemu meletakkan harapan. Kesian jugak kat diri sendiri. Mintak diri sendiri banyak sabar ya. Hahaha. 

Blog ni awal menulis dulu kemain ceria. Lepas tu bermula zaman kegelapan. Tinggal ayat-ayat puitis dan kata-kata yang menggambar diri ja. Tak tulis secara realistik macam dulu. Banyak perkara disimpan buat rasa sendiri ja. Tahun 2017 tahun memecah keringat. Tahun 2018 zaman kejatuhan. Tapi setiap daripada tahun tu ada gembira dan syukurnya apa-apa yang jadi. Nak letak mana segala nikmat yang Allah bagi tu kalau tak bersyukur.

2019 ada perancangan lain. Ok setiap tahun aku cakap macam ni sebenarnya. But who cares kan..hal aku, aku settle sendiri. InshaAllah percaya pada ketentuan Allah. Doa selalu, untuk Tuhan kabulkan tu, percaya segalanya on the way. Lambat atau cepat atau bukan disini.

Tahun 2019 kalau diberikan rezeki yang baik yang seperti dirancang, ada beberapa niat nak dilaksanakan. Yang tak pernah terniat sebab takut tak tercapai. Hah biasalah manusia. Takut segala sebelum nak melaksana.

Kalau segala perancangan berjaya berjalan seperti diinginkan, beberapa perubahan akan dilaksanakan. Termasuklah blog ni. Apa benda yang gelita sangat penulisan macam hilang jiwa. Ha ha ha.

Kabulkan niat baik ku Tuhan agar terlaksana segala impian. Aminnn.

Love-love,
MH

Saturday, November 3, 2018

6 years ago

Today.
6 years ago.

Dalam 6 tahun yang lalu. Segulung ijazah tu penuh harapan. Harapan diri. Harapan keluarga. Harapan orang-orang tersayang.

Dan sekarang. Harapan itu masih menjadi harapan. Buat mereka yang tidak pernah putus harap. Buat aku yang tidak lagi mengharap.

Ini pengalaman yang mengajar segala-galanya. Ilmu dunia. Ilmu akhirat. Pengajaran kehidupan yang kesannya sehingga sekarang.

Untuk segulung ijazah itu tiada penyesalan timbul walau membawa kekecewaan pada mereka yang mengharap.

Maaf.
Tolong terus berharap dalam doa.
Kerana usaha itu masih ada.

Love-love,
MH